Monday, August 31, 2015

Air mata tertumpah lagi

Sedih. Aku sedihhhhh. 
Dengar tak? 
Dia tak rindu aku ke?
Dia dah tak sayang ke?
Dia dah tak peduli ke?
Dia akan tinggalkan aku selamanya ke?
Tanya je. Hm
Hai lekaki yang pernah jadi pujaan hati
Bahagia betul kau sekarang
Dan kau biarkan aku derita dgn sisa sisa cinta kita
Kejam betul plot cerita kita
Tapi aku belum keji lagi untuk mengecam
Jangan nanti kau kembali
Untuk meminta apologi
Hei betina
"Macam best je jadi cantik. Boleh sebat boyfriend orang suka hati. Otak bodoh takpe,otak orang tak nampak bulat bulat. Tapi kalau bodyshape cantik muka cantik kau pakai baju badut pon orang kata cantik. "
Masalahnya cantik sgt ke?
Aku bukan perempuan yang suka sangat bergaduh sebab lelaki
Macam tak manis je kan
Tapi kau bayangkan
Kau dah 4tahun dengan dia
Lepastu ada betina kacau
Takkan nak ikut flow je
Mesti rasa nak letup dulu muka dia baru boleh lepaskan
Baru puas hati aku masa tu
"Aku dah sayang dia. Kau undur diri"
"Aku tanak kau dah"
"Kau tak boleh buat aku jd manja macam mana dia buat"
"Aku kasihan kat dia"
"Kalau taknak ubah perangai, jangan cari aku"
Ayat yang masih ligat bermain di pemikiranku
Dia melayan aku tak ubah seperti sampah
Yang tidak ada gunanya
Ya dialah lelaki itu
Yang pernah aku sanjung dulu.

Sunday, August 30, 2015

Orang sekarang kejap kejap tukar pasangan
Taknak yang sekarang
Dia cari yang baru
Aku pelik
Dorang ni bercinta pakai hati ke kaki
Ke aku yang pelik sebenarnya
Kalau gaduh berpunca dari aku dan dia
Aku masih boleh terima
Tapi bila melibatkan orang ketiga
Aku rasa mahu lanyakkan mereka.
Bang, pinjam bulldozer jap
Baru hidup mati bersama ye tak
Tak perlu tunggu orang sedarkan aku
Aku dah lama sedar yang aku bodoh
Bodoh dalam memberi cinta
Sepatutnya aku dah lama angkat kaki
Tapi aku masih mahu mencuba
Walau aku tahu aku akan terluka
Sebab aku sayang dia.
Kau yang pernah janji mahu sehidup semati
Kau yang pernah janji akan selalu ada utk aku walau ribut melanda
Tapi yang kau hancurkan semua dalam sekelip mata
Weh, tuhan nampak apa yang kau buat
Kau yang rembat, apehal kau nak sedih
Kau nak dia, aku bagi
Kau buat itu ini untuk dia
Kau bahagiakan dia dengan apa yang kau ada
Ye, kau memang hebat dalam memikat
Kau dah cukup sempurna doh
Tak ada cacat cela
Tapi sayang, kau tak faham perasaan perempuan, kaum kau sendiri
Oh ke kau sundal?
Aku terjaga
Aku rindu orang yang disana
Apa khabar dia
Mesti tgh bahagia
Aku tanak ganggu pasangan itu
Biarkan mereka terus beradu
Cuma terkadang aku rindu.

Saturday, August 29, 2015

Aku perhati sekeliling
Macam macam ragam manusia
Aku jadi trauma nak bercinta
Takut silap beri hati lagi
Bahkan aku juga takut untuk mendirikan rumahtangga kelak
Kalau kalau aku dimadukan
Eeeeeeeeeeeeeeee

Andai aku gagal di medan taruh hati kali ini
Aku akan pastikan pintu aku takkan terbuka utk mana mana lelaki
Aku tak mahu rasa sakit ini lagi
Perit betul dugaan kali ini

Sayang
Beri aku sedikit masa utk kita bersama
Beri aku sedikit kekuatan biar aku cekal
Beri aku sedikit ruang agar aku blh mengadu

Aku benar benar rapuh kali ni
Air mata terus mengalir di pipi
Aku mahu nangis sepuasnya
Mahu mengesatnya pun aku rasa tidak bermaya
Kenapa hebat sekali penangan cinta kali ini
Kalau aku tahu pengakhiran dia begini
Aku tidak mahu terjebak lagi
Aku serik utk disakiti
Tuhan, kenapa dugaan sesial ini kau beri
Aku lemah.
Biarlah malaikat tarik nyawa aku sekarang
Sebab aku benar benar tidak punya kudrat untuk teruskan sisa sisa hidup ni
Teruknya iman aku
Tuhan, ampunkan aku.

Friday, August 28, 2015

Kalau ada perasaan rindu
Aku cepat cepat pesan pada hati
Orang dah tak sudi, jangan difikir lagi

              ************************

Kalau aku boleh undur balik masa
Aku taknak sia siakan 4tahun aku dengan cinta
Yang selalu buat aku merana
Macam orang gila 

             ************************

Bila jatuh tak pernah tak sakit
Tapi jatuh kali ni paling sakit
Aku rasa hampir lumpuh
Setiap kali aku nak whatsapp kau
Aku rasa terseksa
Aku selalu tahan tahan perasaan ni
Kesian betul hati ni
Aku tersepit antara dua ayat
"Aku dah sayang dia" dan "sayang tunggu b ea."
Gambar kita hanya dipandang sepi
Setiap whatsapp dan panggilan yang masuk
Aku masih berharap ianya daripada kau
Sampai bila perasaan ni nak hilang

Tahu apa yang paling sakit?
Bila kau kena acah acah tak peduli
Padahal kau masih berharap dekat dia

Hari pertama

Suka atau tidak
Aku kena terima jugak keputusan kau
Orang dah buang
Kau merayu macam anjing kurap pun dia tak mahu
Nak tak nak
Aku kena kuatkan diri juga
Sakitnya jatuh cinta pada orang yang salah
Sakit sangat
Rasa mcm malaikat ambil nyawa aku sekarang pun takpe
Daripada nanti aku mcm mayat hidup
Sakit
Nak bahu. Aku nak nangis.
Terima kasih
Setiap kali kita bertengkar
Dalam sedar tak sedar
Kau dah bagi aku sesuatu yang tak ternilai
Iaitu
KEKUATAN.
Dan sekarang kau ingat balik
Berapa juta kali kita gaduh
Dan berapa kuat aku boleh teruskan hidup tanpa kau.
Hati dia kau jaga macam jaga berlian
Hati aku kau buat macam sampah, kena pijak pun tak ape
Weh bagi aku peluang
Biar aku jaga hati aku sendiri

                     
           


Kau suka suka lah lepasni
Sebab aku pun nak suka suka macam kau
Macam best je
Aku sendiri tak faham macam mana aku boleh sesabar ni
Macam mana aku boleh terima kau lagi sedangkan kau curang depan mata
Ehhh bodohnyaaaaaaa
"Kalau tak boleh tahan dengan perangai aku, kau minta putus"
Biar aku tunaikan apa yang kau nak selama ni
Hati aku rasa kosong
Tolong pergi jauh dari hidup aku
Aku dah penat untuk hubungan ini

Tuesday, August 25, 2015

Rindu perasaan dimanja manja
Dikasih kasihan
Dirindu rindu
Disayang sayang
Ditimang timang
Diutamakan.

Sunday, August 23, 2015

Aku dah tenat
Penat untuk bersaing
Kalau dia berjaya tawan hati kau
Aku ucapkan tahniah utk kalian
Aku nampak kesungguhan dia utk pikat kau semula

Saturday, August 22, 2015

Badan aku terasa lemah
Seakan tidak kuat utk menghadapi dunia luar
Aku terlalu penat

Tuesday, August 18, 2015

Bahasa aku kotor belaka
Hati aku terlampau sakit
Jangan bagi aku nampak muka kau
Takut aku terludah nanti

Aku taktahu macam mana nak describe sedih aku kali ni
Nampak tak aku sedih betul
Dugaan ape sial kali ni

"Im your baby tiger"
Kepala jimbit kau lahh
Ahhh siall laaaaaaaaaaa

Biarlah kau nak buat apa sekalipun
Tapi tolong jangan tinggalkan aku ya
Aku nak selalu rasa kau dekat dengan aku
Walaupun kita jauh sebenarnya
Cinta ini betul betul gilaaaaaaaaaa.
Bahagianya aku rasa bila kita dah bermesra semula
Tapi tak sama macam dulu kala
Aku terasa diri ni benar benar bodoh. Sungguh
Aku abaikan perasaan aku sendiri
Untuk melihat dia bahagia dgn hidupnya
Manusia jenis apa aku niiiii
Biarkan diri terseksa.
Bongoknyaaaaaaaaaaa
Sensitif macam tahi
If you dont like to see
You can close your eyes
But if you dont like that feels
You cant close your heart.

@##$&$-%+%(%)')%?!
Aku lah perempuan yang terhegeh hegeh kat dia
Yang 24 jam nak duduk bawah ketiak dia
Yang beriya nak dengan dia
Aku bukan jenis perempuan yang kejap dengan itu kejap dengan ini
Hebat betul mereka asyik bertukar ganti
Biarlah mereka tak usah peduli
Yang penting dia tiada galang ganti.


oiiiiiiiiiii rindu laaaaaaaaa.
Akan ada seorang yang kau terlampau selesa dengan dia
Sampai kau pakai selekeh selekeh pun dia kata tak apa
Janji kita sentiasa bersama
Tapi bila dia pergi menjauhkan diri
Kau rasa dunia ni sunyi sepi
Menangis tanpa siapa pun peduli.........

Ingatkan dia

Mengapa aku yang tidak setia
Mengapa aku kah yang berdosa
Mengapa ku mudah terlupa janji janji kita
Kali pertama..................
Tak perlu jadi pathetic
Aku rasa jijik dohhhhhhh

That moment bila ibu ayah dah keluar rumah pagi pagi
Dan aku jadi makin liat untuk bangkit dan terus berselubung
Enak betul rasanya
Tinggal berapa minggu je lagi untuk habiskan saat saat indah bersama tilamku ini.
Can we start all over again??????

Monday, August 17, 2015

Bunga ni dah layu
Tolong siramkan air
Nanti dia mati.

Selamat malam
Tak mungkin aku membenci kau
Kau yang selalu ada waktu susah senang aku
Kau yang selalu menadah telinga mendengar cerita aku
Kau yang selalu bagi aku semangat tika aku sedang buntu
Kau yang selalu turut saja apa kehendakku dulu
Biarkan apa mereka mahu kata
Kau abaikan saja
Kau yang terbaik yang pernah aku ada
Kalau ada orang mengata
Meh sini aku jentik mulut diaaaaaaaaaa.
Tak habis habis dengan orang kata
Persetankan saja semua
Ini hidup aku bukan kau mahupun sesiapa
Yang hanya bertuhankan Dia

Bila aku baca semula
Penulisanku boleh tahan juga
Tapi satu saja
Banyak betul cerita sedih yang tak disangka
5tahun lagi(mungkin lagi cepat atau lambat sedikit).
....
Weh, tadi aku jumpa lelaki itu
Dia suruh aku bagi ni dekat kau
Terpandangkan gambar di kad itu
"Cantik perempuan ni. Sepadan."
Ada satu suara seakan terngiang di halwa telingaku
"Ye sayang, nanti gambar kahwin kita lagi comel"
Hati aku menjadi luluh
Airmata yang jatuh pantas diseka
Tidak mahu orang lain tahu ujian yang aku kena tempuh.
Aku terjaga dari tidur yang tak lena
Seperti biasa handphone akan ku belek
Sebelum mata terpejam semula
Dengan harapan ada kiriman whatsapp dari insan yang aku cinta
Dan kali ni tidak salah lagi
Tapi kenapa hati aku bertambah sakit
Sepatutnya aku tersenyum lebar terima whatsapp dari nya
Dalam banyak banyak catatanku
Kenapa itu yang kau beritahu
Mendoakan aku dengan baru
Apa kau buta atau kau buat buat tak tahu
Hati aku masih bersama kau lagi kalau kau nak tahu
Bukan semudah itu mencari penghuni baru
Takut takut aku yang jadi andartu.


Cinta tidak menyakitkan kalau tiada orang ketiga itu.

Sunday, August 16, 2015

Kita sering bergaduh sebab benda bodoh
Paling bodoh sekali
Gaduh sebab kau selalu pakai kemas kemas
Aku jadi insecure
Merasa ada mata yang menjeling kau
Tahap insecure aku mmg macam bapok sikit
Bagi aku, kau selekeh macam mana pun aku tetap sayang
Tapi tu dulu.
"B, nak baring kat sini" *sambil tunjuk riba kau*
Waktu itu kau tertawa melihat muka hodoh yang aku sengaja buat
Sakan betul kau gelak masa tu
"Sayang, ada blackhead. Kejap b picit"
Sambil pejam mata, dalam hati aku berkata
"Sayangnya aku kat dia ni......"
Ahhhhhhhhhh
Jujurnya aku rindu.
Cemburu betul tengok pasangan lain bahagia
Masa ni lah melambak post yang manis manis
Aihhhhhhh
Sosok tubuh itu akan aku rindu
Sepasang mata kuyu yang boleh menggetarkan jiwaku
Kelatah lucunya yang sering membuat aku tertawa
Ayat manisnya seakan romeo yang boleh buat aku tewas dalam pelukannya
Tangan yang pernah menjadi tisu kepada airmata ku
Walau cerita kita sudah sampai ke penghabisan
Kenangan kita masih segar di ingitan.
Ayat yang masih terngiang ngiang di telinga aku
Ayat yang betul betul buat aku terasa
Ya, kalau aku jadi kau pun mungkin aku boleh jatuh cinta semula
Mana tak nya, 24jam kau dengan si dia
Kan aku dah pernah kata, dia tu licik sebenarnya
Cilaka
Setiap kali aku bangun dari tidur
Aku berharap ada whatsapp dari kau
Itu saje yang aku mampu
Selain memanjatkan doa pada Dia.
Pesanan utk diri sendiri
Yang katanya tak pernah menghargai

Untuk si dia yang rupawan
Yang punya segalanya
Yang boleh beri apa saja yang kau pinta
Yang tak pernah menidakkan apa kau kata
Yang sentiasa ada untuk kau
Yang sanggup lakukan apa saja utk kau
Tahniah sebab dah berjaya miliki hatinya
Sanjung dia macam mana aku pernah menyanjunginya. Dulu. 
Tak tertahan rasanya mahu kirim whatsapp kepada kau
Untuk menanyakan khabar kau
Untuk dengar cerita kau
Untuk dengar gelak tawa kau
Aku rindu.
Aku menulis dengan hati yang paling ranap
Dengan harapan terselit sedikit kekuatan buat aku dalam setiap bait bait ayat ini
Dulu kau pernah tanya aku
"Sayang, kalau kita putus nanti dan sayang dah jumpa yg lagi baik dari b. Tiba2 b datang balik kat sayang. Sayang terima b balik tak?"
Aku jadi terfikir
Kenapa kau tanya aku
Sekarang jawapan dia ada pada diri kau sendiri
Kau dah jumpa yang lagi baik dan tak akan berpaling pada yang lama.
Aku rindu nak dengar orang tanya
"Weh, kau ok tak?"
Kot kot kalau ada orang tanya pun
Jawapan aku pasti "ok"
Daripada aku bercerita
Yang entah entah mereka sendiri pun tak mengerti
Sebab masalah aku terlalu rumit
Usahkan mereka, aku sendiri pun pening
Kenapa aku terjebak dalam kancah sebegini.

Aku tak mahu salahkan sesiapa
Kau fikir balik
Kalau tepuk sebelah tangan
Masakan berbunyi?

                     *************************
Aku boleh jadi pemaaf kepada sesiapa shj
Nama pun manusia
Yang takpernah sempurna di mata sesiapa
Buktinya aku masih berkawan dgn orang yang pernah tikam aku suatu ketika dahulu
Kau boleh hidup dgn tenang lepasni, apologi dariku pun dah lama aku beri
Tapi kau jangan lupa, karma sdg menanti.
Kita lihat saja nanti.

Ingin saja aku menghamburkan kata kata kesat ke muka kau
Perempuan yang hadir tanpa dijemput
Untuk memusnahkan impian kau dan aku
Ahh sial
Bila aku fikir balik
Bukan salah kau atau dia
Tapi salah aku
Perangai aku
Seperti yang kau selalu kata.

Wujudnya blog ni dulu sebab aku hadir ke satu program
Dan di situ aku diajar utk blogging
Lepastu rancak betul aku update blog
Entah dgn bahasa yg apa apa
Kalau baca sendiri sekarang pun aku tak faham
Mujur aku dah delete
Kalau tak pasti jadi bahan ketawa

Tapi sekarang blog ini jadi medan aku berperang dalam ayat ayat
Tempat aku lepak bila ada masalah
Yang aku jangka tak ada orang akan baca
Sebab kalau meroyan dekat twitter 99.9% manusia tepuk tangan utk aku. 0.01% yang buat tak endah. Percaya? Harus.


Mungkin dia tidak sekacak kau
Mungkin juga tidak selampai kau
Tapi dia ada satu hati yang paling ikhlas
Untuk menyayangi aku
Untuk menerima cacat cela aku
Siapa dia aku pun tidak tahu
Nantilah aku fikir biar luka ni kering dulu. 
Aku tak mahu tahu kau pergi atas alasan apa
Yang pasti kau dah biarkan hati aku merana
Aku pun mahu bahagia
Seperti kau dan dia
Cuma tuhan makbulkan doa aku lambat sikit dari kau
Nanti aku dah bahagia
Senyum aku bukan buat kau.

Biarkan luka ni kering sendiri nanti
Lebam ni pasti susut satu hari nanti
Cuma parut je tinggal
Sebagai bukti utk perhitungan di padang mahsyar nanti.

Semoga setiap titisan air mata ini terbayar. Kelak
16.8 
2 bulan je lagi utk sampai 16.10
2 bulan je lagi genap 4 tahun kita bersama
Tapi
2 bulan ni tak seindah dulu
2 bulan ni aku kena kuat utk teruskan hidup aku tanpa kau

Saturday, August 15, 2015

Nanti (kalau) kau mahu kembali
Tolong fikir banyak kali
Aku tak mahu kau pergi atas sebab yang sama lagi

Kau fikir 10 kali kalau kau mahu main permainan hati

150juta kali pun kau cakap yang kau sayang dia
Kalau tak ada keikhlasan dalam setiap yang kau cakap
Tak guna. Mcm tin kosong.
Bunyi je kencang, tapi tak ada isi.
Cakap biar dari hati, bukan takat bibir je.
Takut nanti ada hati yang terluka atas ape yang kau cakap
Lepastu siapa nak bertanggungjawab? Kau? Hehhhhhhh
Kalau kau baca
Mungkin kau cakap
"Poyo je. Bajet sedih je"
Hei, aku tulis bukan untuk mengemis belas kasihan kau mahupun orang lain
Aku tulis untuk diri aku sendiri.
Bare in mind. 
"Aku takut aku tersayang dia"
Sekarang kau tak perlu takut
Kau boleh curahkan sayang kau kat dia selamanya
Sebab tak ada hati yang perlu kau jaga lagi

Gambar kita masih aku simpan
Kalau rindu nanti aku ade teman
Sambil tu boleh berangan
Mana tahu jadi kenyataan.
Apa guna bersama kalau tak boleh terima kekurangan masing masing
Lebih baik kau angkat kaki cari yang baru
Tahniah bagi yang dah jumpa
Tinggal aku yang terpinga pinga
Jangan menggelabah, rezeki di mana mana. 
Satu hari kalau aku dah tak tulis tentang kau
Tentang kita
Maksudnya aku dah mulakan hidup baru
Aku dah bangkit dan kejar matlamatku
Dan masa tu hati aku dah tertutup rapat utk lelaki yang pernah jd penghuninya.

Macam mana aku nak bersangka baik dgn kau lagi
Lepas ape yang terjadi
Kepercayaan aku bagi sepenuhnya pada kau
Tapi kau khianati
Oh aku lupa, puncanya diri aku sendiri
Terima kasih utk empunya diri. 
Orang dah tak suka, nak buat macam mana.
Apa kau buat dah tak ada relevannya
Ye, kau curang sebab aku.
Dan kau boleh curang sepuasnya lepas ini
Biar aku undur diri
Perlu ke aku bersaing untuk kali kedua?
Tak cukup ke dulu aku uji kesabaran aku
Dan sekarang kau uji lagi
Mampukah aku untuk menang kali ini
Malang betul berada di medan percintaan
Demi masa depan kita, aku cuba jua

Betul ke yang kedua selalu dilayan baik
Selalu dimanja manja
Selalu ada masa berdua
Selalu dibelai mesra

Betul ke yang pertama selalu dikeji
Selalu disumpah seranah
Selalu tidak punya masa
Selalu ditolak tepi
Selalu dikata mendatangkan masalah

Betul ke??????
Kalau betul, aku mahu jadi yang kedua. 
Amal selalu kata aku cengeng
Mana ada aku cengeng.
Hmm. 
Aku terfikir
Kalau kau marah dia pun
Mesti kau tak burukkan mak dia kan
Sebab mak dia kan baik dgn kau. 
Takpe lah, perasaan aku tak penting
Perasaan org yang aku sayang lagi penting
Setakat berkorban perasaan ape lah sangat
Daripada terkorban dia yang begitu membahagiakan.
Dulu, Pukimak barua sial anjing
Tu semua aku dah lali
Hati pun dah kebal dgn semua perkataan tu.

Sejak kau dah ada dia
Aku rasa perkataan tu sensitif semacam. 
Mesti dia manja manja
Mesti dia tergedik gedik
Mesti dia mengada ngada
Mesti dia pimpin tangan kau mcm orang tua. Haha
Mesti dia bersandar di bahu kau
Mesti dia peluk kau
Mesti dia goda kau
Mesti dia........hahaha
Yang aku pasti, mesti dia cuba pikat hati kau..
Mesti dia tgh seronok sambil nyanyi lagu wanita terbahagia kan.. Sebab dapat luangkan masa dgn kekasihnya...
Alah kau pun apa kurangnyaaa..
Aku tahu lah, aku pun perempuan. 
Alah. Kalau baca nanti jangan bahan. Ehhhhh

Kalau bahan pun, aku tetap nak tulis juga. 
Sekali kau terjebak dengan cinta
Pandai2 lah kau tanggung risikonya.

Kan aku dah kata, 
Sekejap je dia boleh ubah mood aku jadi ceria.
Hehhhhhhhhh

Bila aku sedih
Aku suka tengok ig orang yg sdg bercinta
Dan aku tersenyum sendiri
Kasihnya dia kepada kekasihnya
Tapi kita bukan tahu perit yg dia lalui utk capai bahagia
Aku percaya cinta sejati tu wujud
Cuma waktu je belum tiba
Aku yakin tuhan adalah sebaik baik perancang.
Sejak dua menjak ni aku suka menulis
Walau penulisan aku tak sehebat Nyot dan Faiz Ibrahim
Aku peduli apa
Aku tulis pun utk kepuasan diri aku sendiri
Bukan untuk sesiapa.

Semua post dalam ni semua tentang kita.
Sebelum ni aku privasi kan sebab aku taknak orang lain tahu yang aku sedang sedih
Aku tak mahu dikeji
Tapi hari ni aku publickan untuk kau baca.
Bukan untuk meraih simpati
Cuma aku nak kongsi apa yg aku lalui
Baca dgn mata hati ye.

Kau selalu pesan jangan sedih. Cuba kau pakai kasut aku, takut takut kau yang angkat panji putih dulu. Kau tak sedar kau lah punca air mata mutiara ni tumpah ke bumi. Tapi aku masih syg kau. Sebab kau juga pandai pujuk hati ni utk kembali tersenyum. Terima kasih sayang.
Kau marah sebab aku keluar tak bgtahu
Tapi lepas aku kata aku dah sms kau utk bgtahu
Kau marah pula tapi dgn alasan yang lain
Kau marah kerana aku keluar malam. 
Salah ke aku keluar dgn kawan perempuan aku
Salah ke aku keluar utk hiburkan hati aku
Untuk pujuk hati aku jangan fikir sangat tentang kau pada malam itu
Sedangkan kau keluar dgn dia dan biarkan aku tersedu.
Sekarang baru aku tahu mana logiknya
Bila ada manusia yang sanggup bunuh diri hanya kerana cinta
Sebab sakitnya diduakan lagi sakit dari kau terjun dari tingkat 20
Syukur aku masih punya iman
Kenapa tuhan tidak adil?
Dia kata org yg sabar besar ganjarannya
Tak cukup sabarkah aku selama ini?
Aku tak punya sesiapa utk mengadu
Aku terpaksa telan sendiri setiap masalah kita
Aku tak mahu cerita pada siapa
Kerna aku takut mereka menilai buruk kau
Biar aku saja yang simpan
Kerna aku lebih mengenali diri kau.

Kesian hati ni
Aku biarkan dia diperkotak katikkan oleh sembarangan orang
Sabar ya.
Siang malam aku tunggu kau
Tapi bila kau muncul
Yang aku dapat hanya pergaduhan yang sengaja kau buat
Hati aku benar benar luluh merana
Ya Allah, sakitnyaaaaaaa.
Sayang, kalau hati kau sudah terpaut pada si dia
Kau pergi lah
Aku redha.
Dia punya sedih tu kan
Sampai air mata ni hanya mampu bertakunh di kelopak mata saja
Hampir setiap waktu perasaan yg cilaka ni menghantui aku
Pergi jauh jauh la
Aku pun nak bahagia macam org lain

Rindunya aku dekat kau
Kalau aku boleh peluk kau
Aku nak peluk kau seeratnya
Seperti kita akan berpisah pada esok hari
Tuhan, jangan biarkan perasaan rindu ini bertukar menjadi benci.
Aku mohon.

Friday, August 14, 2015

Seperti malam malam kelmarin
Perasaan rindu yang muncul tiba tiba
Ahhh hiraukan saja
Belum tentu dia rasakan yang sama.

Malang

Lepas apa yg berlaku
Ni lah tempat aku cerita semua benda
Kalau dulu aku ada pendengar yg setia
Tapi sekarang hanya ada blog utk aku muntahkan segalanya.

Alasan paling bangsat lepas putus
"Saya tak boleh jadi yang terbaik utk awak"
"Awak boleh dapat yg lagi baik"
"Awak terlalu sibuk sampai takde masa utk saya"
"Awak tak faham saya"
"Kita dah tak sehaluan"
 Eh , kalau kau nak curang kau cakap je lah. Kau takpayah lah nak salahkan orang lain. Kau cermin diri kau dulu. Ni bila kau curang, lepastu kau nak salahkan dia. Dah lah kau dah buat hati dia hancur, lepastu kau buat dia diburu rasa bersalah.
Bajingan
Acap kali kau kata mahu hubungi aku
Aku tunggu mcm orang dungu
Sudah berapa kali aku tertipu
Bodoh sungguh.

Eh

Walaupun kau hantar gambar kau seorang
Apa kau ingat aku suka?
Padahal di sebalik gambar ada perempuan yang cuba merebut kasih sayang kau
Hehhhhh
Kau tak hantar pun takpe
Eh, nampak bahagia je?????
Bodohnya aku tunggu panggilan dari kau
Tuhan, lumpuhkanlah ingatanku.
Aku tak suka terjaga tengah malam
Yang sedihnya telefon aku hanya dipandang sepi
Tiada norifikasi dari kau
Dan akan ada perasaan yang entah apa apa datang secara tiba tiba
Yang buat aku rasa #$%&!

Thursday, August 13, 2015

Hei 
Kau pernah rasa kan sakitnya diduakan?
Terima kasih sebab bagi aku merasa juga.

Dendam ke

Weh aku pelik
Kau tak kesian ke tengok orang yang kau sayang sedih
Kau tak rasa bersalah ke menghukum dia sampai mcm tu sekali
Apa kau tak takut kalau kalau ada orang yang cuba buat dia tersenyum
Oh, mungkin sebab dendam kau tu sampai kau tolak tepi perasaan dia
Eh kejap, dendam ke? Atau.....

Hai perempuan

Hai perempuan
Walau kau berjaya tambat hati dia sekali pun
Ingat
Yang pertama takkan sama dengan yang kedua.

Apa apa pun tahniah
Sebab aku nampak kesungguhan kau. 

Bestkan

Best kan kalau ada orang sayang kita sepenuh hati
Selalu ada masa untuk kita walau sesibuk mana pun
Tak pernah bahagi sayang dia dekat orang lain
Yang selalu ambil berat
Yang sering bertanya khabar
Yang takkan biarkan kita tidur dgn air mata
Yang selalu menjadi yang terbaik
Yang sering menjaga hati

Takpe lah, tuhan tahu apa yang terbaik utk hambaNya

Tak

Aku tak ingin lihat kau gembira dgn si dia
Aku tak ingin lihat tangan kau dipimpin oleh si dia
Aku tak ingin lihat kau tertawa dgn si dia
Aku tak mahu dia bersandar di bahu kau

Segala pasal dia, aku tidak mahu tahu.
Yang aku tahu, kau aku punya.
Sampai bila bila.

Cemburu

Yang namanya perempuan
Takkan pernah lari dari perasaan cemburu
Kau sorok lah perasaan tu kat corok mana pun
Tapi dari riak wajah orang dah boleh baca.

Ah. Aku cemburu.
Kau bagi lah alasan apa sekali pun.

Wednesday, August 12, 2015

Alah

Alahhhh
Perasaan rindu takde tak boleh ke haaaaaaa
Nak diluah takut tak dilayan
Selagi tak tidur
Selagi tu rindu........
Hari hari masih merindui orang yang sama
Selamat malam untuk yg jauh
Moga di bawah lindunganNya

Musykil

Kadang kadang aku tengok kau ni rajin juga
Sanggup scroll 20hrs ago punye ganbar
Kadang 2 3 hari punye gambar
Aku jadi musykil.
Aku rindu. Sangat.
Tapi lebih rela pendam
Daripada dgr alasan kau yg menyakitkan

Tuesday, August 11, 2015

Cerita

Sekarang aku dah ada blog
Di medan ini lah aku meluahkan perasaan
Bercerita apa yang aku mahu.
Ya, mungkin dulu kau lah tempat aku mengadu
Tapi sekarang tidak lagi
Aku faham kau ada dua hati untuk dijaga
Aku cuba sedayanya untuk tidak merunsingkan kau
Andai aku gagal,
Aku minta maaf.

Takpe

Kadang kadang kita tak perasan
Apa yang kita cakap itu menyinggung perasaan org
Dan mungkin kau tak sedar
Kau dah menyinggung perasaan aku
TAKPE, aku maafkan.

Pahit

"Cerita kau aku kena dgr, cerita aku kau taknak dgr. Takpe, biar aku cerita dgn dia"
Cakap lah selagi kau mahu
Mungkin silap aku dulu
Sekarang biar aku yg telan walau pahit mcm hempedu.
Aku bukan meroyan
Cuma nak meluahkan perasaan.
Air mata
Tolong jgn mengalir lagi ya.

Hati
Tolong sabar sikit ya.

Kau tahu bukan senang.
Aku terlampau rindukan kau
Rindu untuk menyandar di bahu kau
Dan bercerita semahunya

Tapi sekarang aku sedang berkongsi
Berkongsi kasih sayang dgn seseorang
Aku kena bertolak ansur
Kadang kadang terkecil hati
Takpe, demi kau aku selalu ketepikan perasaan aku
Kan perasaan org yang kita syg lagi penting.

Tuhan, tolong cepatkan masa. Aku takut aku tak boleh bertahan.

Keliru

Aku keliru
Sama ada utk teruskan atau hentikan saja
4tahun
Bukan senang untuk kau lalui
Terlalu banyak onak dan duri
Berbaloikah kalau aku berhenti?
Atau abaikan saja perasaan ini.
Aku benci diri aku
Kerna merelakan perasaan aku dipijak
Aku slalu pujuk diri aku utk sabar
Utk perkara yg sia sia
Aku menyembah kpd seorang manusia
Hanya kerana cinta.

Hati, moga kau tabah untuk hari ini dan seterusnya.

Monday, August 10, 2015

Aku tak punya apa apa lagi
Aku cuma ada Tuhan
Aku cuma ada blog
Untuk mengadu.

Dulu aku ada teman
Teman untuk bercerita
Untuk dengar setiap celoteh aku
Tapi itu dulu
Dan aku dapat rasa aku akan hilang dia
Nanti.

Sayang, aku rindu. Terlampau.

Sakit

Kau pernah rasa
Tiba tiba ada satu perasaan 
Yang datang menghimpit kau tengah tengah malam
Perasaan yang terlalu sakit
Perasaan yang bercampur baur
Sedih rindu kecewa

Sunday, August 9, 2015

Tipu

Kelmarin awak suruh saya tunggu,
Awak kata awak nak call,
Pkul 6.30 pg saya bangkit dr tidur,
Masih tiada lg missed call.


Merajuk

Aku bukan merajuk
Aku cuma perlukan masa utk bersendiri

Aku dah taknak merajuk
Sebab yg aku dapat bukan pujukan, tapi herdikan

Tuhan, jauhkan aku dari sifat benci.
Benci pada org yang telah merentap kebahagiaan aku.

Rindu

Rindu.
Tapi aku lebih rela pendam.

Saturday, August 8, 2015

Kenapa aku perasan kau lebih menjaga hati dia dari aku.
Ke itu cuma perasaan.
Sigh

Kau kata

Kau kata
Tak semua lelaki suka perangai merajuk aku
Tapi kenapa dulu kau boleh saja terima

Ohh mungkin itu dulu
Perasaan manusia kan selalu berubah. 

Rindu

Perasaan rindu itu memang fitrah.
Tapi aku cuba pendam sendiri.
Mungkin itu yg diperbaik
Daripada diluah pada org yg tak tahu menghargai
Aku percaya cinta itu buta.
Sebab aku dah lalui semuanya.
Aku pernah dimarah
Aku pernah dicaci maki
Aku pernah dihina
Aku pernah dilempang
Tapi masih setia pada org yang sama. 
Sebab apa? Cinta. 

"Tak cari pun takpe"

Dah berkali-kali kau arah utk pergi.
Tapi aku degil.
Kononnya nak pertahankan hubungan.
Yang akhirnya sia-sia.

Ralat

Aku silap beri hati aku pada org yang tak reti menghargai.
Tapi takpe.
Forgive but never forget.
Aku berdoa pada tuhan agar Dia bg aku kekuatan utk bangkit semula.

Friday, August 7, 2015

Kadang2 duduk rumah lama2 dapat dosa free jeeeee
Aku selalu cuba jaga kata2 aku sebaik mungkin
Takut2 org yang aku sayang terluka
Tapi aku manusia
Yang takpernah lari dr kesilapan
Sekurang2nya aku dah cuba yg terbaik
Rindu kau yang dulu
Yang tak pernah membandingkan aku dgn sesiapa
Yang tak pernah kata penat melayan aku
Yang selalu ada untuk aku
Yang tak pernah marah bila merajuk
Yang selalu menjaga perasaan aku.

Tapi tu dulu.
Sekarang kau dah jumpa yg lagi baik.

Wednesday, August 5, 2015

Sedih dia tuhan je tahu

Dia kata "this is not my problem"

Hari2 aku pujuk diri aku utk sabar
Tapi hari2 aku makan hati
Yang aku tahu aku hanya perlu sabar
Dia je tahu macam mana aku survive

Monday, August 3, 2015

Semalam kau kata lain, hari ni kau kata lain.
Hati,
Moga kau terus kuat.
Hati aku dah terbarai.